Media


Majlis Pelancaran Program Hear and be Heard: Hearing loss in children anjuran Institute-HEARS, UKM tajaan YSD

 

(third from left) Ministry of Health Head of Otorinolaryngology YBhg. Dato' Dr. Siti Sabzah Mohd. Hashim, Institute-HEARS Director YBhg. Prof. Dr. Siti Zamratol Maisarah Mukari, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Vice Chancellor YBhg. Prof. Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Azlan Ghazali, YSD governing council member YBhg. Tan Sri Dato' Seri Dr. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin and YSD Chief Executive Officer Yatela Zainal Abidin at the launch of 'Hear and be Heard' programme by Institute-HEARS in partnership with YSD.

Bangi, 6 November 2017 - Institut Telinga, Pendengaran dan Pertuturan (Institute-HEARS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dengan tajaan Yayasan Sime Darby (YSD) telah melancarkan program Hear and Be Heard: Hearing Loss in Children.

Program ini, yang akan berlangsung selama tiga tahun dengan tajaan sebanyak RM300,000 daripada YSD, merangkumi siri seminar kesedaran kepada orang awam dan ahli profesional kesihatan, bengkel kepada ibu bapa yang mempunyai anak bermasalah pendengaran dan siri kursus jangka pendek untuk meningkatkan kemahiran ahli profesional yang terlibat dengan intervensi untuk kanak-kanak bermasalah pendengaran. 

Program Hear and Be Heard ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan mengenai masalah pendengaran kanak-kanak dalam kalangan orang awam, ibu bapa dan juga ahli profesional kesihatan.  

Program ini sejajar dengan misi Institute-HEARS untuk menutup jurang pencapaian antara kanak-kanak bermasalah pendengaran dengan kanak-kanak tipikal seusia mereka melalui intervensi awal dan holistik. Ia juga diharap akan dapat meningkatkan keberkesanan program intervensi kanak-kanak bermasalah pendengaran di Malaysia.  

Prof. Dr. Siti Zamratol-Mai Sarah Mukari, Pengarah Institute-HEARS berkata: “Purata umur untuk mengenalpasti kanak-kanak bermasalah pendengaran adalah 2 ½ tahun, amat lewat berbanding yang disarankan oleh Joint Committee on Infant Hearing yang menyarankan agar masalah pendengaran di kenalpasti pada umur 3 bulan dan intervensi dimulakan seawal 6 bulan.  

“Intervensi awal amat penting untuk meningkatkan peluang kanak-kanak ini mencapai perkembangan seperti kanak-kanak yang mempunyai pendengaran normal. Komitmen dan jalinan kerjasama antara ibu bapa dan ahli profesional kesihatan amat penting untuk memastikan kanak-kanak bermasalah pendengaran membina kemahiran perkembangan bahasa dan pertuturan.  

“Kemahiran ini merupakan asas penting untuk membolehkan mereka mengakses sistem pendidikan sejajar dengan kanak-kanak berpendengaran normal dan seterusnya mencapai potensi mereka”. 

Turut hadir memeriahkan majlis adalah 2 penerima implan koklea UKM yang dikendalikan oleh Institut-HEARS, yang berkongsi pengalaman tentang kesan dan impak positif bantuan implan koklea terhadap kualiti pendidikan dan kesejahteraan hidup mereka.  

Sebagai contoh, Le Peng, merupakan penerima implan koklea kanak-kanak pertama ketika beliau berusia 2 tahun. Selepas menjalani pembedahan implan koklea pada tahun 1997 serta terapi intensif di UKM. Beliau kini sedang menuntut di Taylor’s University College dalam bidang Sastera Liberal. 

Manakala Iman pula menerima bantuan implan koklea ketika beliau berumur 3 dan 10 tahun. Merupakan pelajar di Asia Pacific Smart School Subang Jaya, Iman berkata bantuan tersebut telah membolehkan beliau bergiat aktif dalam bidang muzik dan nyanyian walaupun beliau menghadapi masalah pendengaran. 

YSD selaku penaja program ini bertekad untuk memperluas kesedaran dan maklumat mengenai isu ini dalam kalangan ibu bapa dan ahli professional kesihatan di Malaysia. 

Ahli Majlis Tertinggi YSD, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Wan Mohd Zahid bin Mohd Noordin berkata: “Objektif utama pembiayaan YSD untuk program Hear and Be Heard adalah untuk menggalakkan kesedaran awam, khususnya para ibu bapa supaya mereka lebih berpengetahuan dalam menangani masalah pendengaran yang dialami oleh anak – anak mereka. Pada masa yang sama, program ini juga bertujuan untuk membina kapasiti ahli profesional kesihatan khusus dalam memberi pengesanan awal bagi menangani masalah pendengaran kanak-kanak di Malaysia.”

“Dengan inisiatif ini, kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran akan mempunyai akses yang lebih baik kepada diagnosis, intervensi serta perkhidmatan habilitasi lebih awal yang penting untuk pengucapan, bahasa dan pembangunan kognitif mereka. Pengesanan dan intervensi awal dapat menangani masalah pendengaran yang dialami oleh kanak-kanak supaya mereka dapat menjalani kehidupan normal.”

Majlis pelancaran program Hear and Be Heard ini turut menyaksikan pelancaran buku cerita kanak-kanak “Adam Boleh Mendengar”, dan pek informasi tentang masalah pendengaran, yang akan diberikan secara percuma kepada peserta-peserta program.  

Kedua-dua buku dan pek informasi tersebut dihasilkan oleh Institute-HEARS bersempena dengan program Hear and Be Heard.

Seminar kesedaran yang pertama telah pun berlangsung pada 9 Ogos 2017 di Hospital Shah Alam, dengan kolaborasi Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Seminar tersebut dihadiri oleh 157 ahli profesional kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia dan 220 orang awam. Ketua Otorinolaringologi Kementerian Kesihatan Malaysia, Dato’ Dr. Siti Sabzah Mohd Hashim, turut hadir sebagai penceramah jemputan. 

Program ini akan diteruskan dengan seminar kesedaran dan bengkel untuk ibu bapa yang mempunyai anak bermasalah pendengaran di Zon Selatan, pada bulan November 2017.  

Selain itu, kursus jangka pendek untuk meningkatkan kemahiran ahli profesional audiologi dan terapi pertuturan dalam mengendalikan masalah pendengaran juga akan diadakan pada bulan Disember 2017.  

Program Hear and Be Heard: Hearing Loss in Children akan turut bergerak ke Zon Utara dan Zon Pantai Timur, dan dijangka tamat pada tahun 2020. 


View Sitemap
© Copyright 2017 Yayasan Sime Darby (85945-W). All Rights Reserved.
Last Updated:
07 Nov 2017
Ooops!
Generic Popup