Media
Oval Kriket Universiti Kebangsaan Malaysia – Yayasan Sime Darby Dirasmikan
1

(dari kiri) Pro-Canselor UKM YABhg. Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, Pemangku Pengerusi YSD YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin dan Naib- Canselor UKM YBhg. Prof. Ir. Dr. Mohd. Hamdi Abd Shukor di majlis perasmian oval kriket UKM-YSD hari ini. 

(barisan depan, tengah) Pro-Canselor UKM YABhg. Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dan Pemangku Pengerusi YSD YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin dengan pasukan kriket UKM dan Sime Darby Plantation hari ini.

Bangi, 7 Januari 2019 - MAJLIS PERASMIAN Oval Kriket UKM-YSD oleh Pro-Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), TUN AHMAD SARJI ABDUL HAMID telah berlangsung dengan jayanya pada 7 JANUARI 2019 (ISNIN) di Padang Oval UKM-Yayasan Sime Darby (YSD), Kampus Induk, UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan. 

 Majlis perasmian bermula jam 9.50 PAGI turut dihadiri oleh Pemangku Pengerusi YSD, TAN SRI DATO’ SERI DR WAN MOHD ZAHID MOHD NORDIN, Naib Canselor UKM, PROF IR DR MOHD HAMDI ABDUL SHUKOR, Ketua Pegawai Esekutif YSD, Hajjah Yatela Zainal Abidin, DATO’ AR. MIR SHAHARIMAN MIR SHAHARUDDIN, Naib Presiden, Persatuan Kriket Melayu Malaysia, pegawai kanan UKM serta YSD. 

Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid berkata, “Dengan adanya kompleks kriket bertaraf dunia ini, kami berharap lebih ramai lagi pemain kriket yang berdaya saing di peringkat antarabangsa dapat dilahirkan di samping meningkatkan mutu sukan negara. 

Kerjasama tanggungjawab sosial korporat bersama UKM ini adalah selaras dengan teras sukan Yayasan Sime Darby dalam membangunkan bakat generasi muda dan memupuk amalan gaya hidup sihat”. 

Pembinaan oval bernilai RM 2.4 juta dengan RM1.4 juta hasil tajaan YSD yang prihatin kepada sukan tanah air secara amnya dan kepada UKM khususnya yang merupakan pusat kecemerlangan sukan kriket, lumba basikal, golf serta bola, telah mula dibina pada 1 Januari 2015 dan siap sepenuhnya pada 30 Jun 2018. 

Persatuan Kriket Melayu Malaysia merupakan penasihat utama kepada projek ini. Oval seluas 1.6 ekar ini dibina di Padang UKM, UKM Bangi untuk pelbagai kejohanan diperingkat universiti, kebangsaan dan antarabangsa. Pelbagai kejohanan berprestij telah diadakan sejak Oktober 2017 apabila padang kriket siap seperti Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) dan Kejohanan Perisai Raja-Raja serta World Cricket League Division 4. 

Serentak dengan majlis perasmian oval ini diadakan juga perlawanan persahabatan di antara pasukan kriket UKM dan Sime Darby Plantation Berhad bermula jam 8.00 PAGI. Majlis perasmian diserikan dengan upacara menandatangani plak perasmian, lawatan padang dan bangunan oval serta penyampaian saguhati kepada para peserta perlawanan persahabatan.

-Oleh Pusat Komunikasi Korporat UKM-

View Sitemap
© Copyright 2019 Yayasan Sime Darby (85945-W). All Rights Reserved.
Last Updated:
07 Jan 2019
Ooops!
Generic Popup